PERUTUSAN KETUA DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN

YB TAKIYUDDIN B. HASSAN

 

 

Syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat.

 

Menghadapi cabaran semasa dan perkembangan IT masa kini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan turut sama mengembangkan maklumatnya menerusi Laman Web atas nama Info Pemuda Kelantan.

 

Melalui laman web ini, saya menyeru kepada semua ahli pemuda dan ahli PAS seluruhnya dapat mengikuti segala perkembangan semasa, khususnya aktiviti kepemudaan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

 

Di samping itu, Laman web ini juga dapat dihubungi dengan beberapa laman web jemaah.  Mudah-mudahan ia dapat memperkayakan lagi maklumat para ahli  PAS dan pemuda sekalian.

 

Salam Jemaah kepada semua.

 

"Bersama Menegakkan Keadilan"

 

 

Takiyuddin b. Hassan

Ketua Pemuda

DPPNK